PUTRAJAYA, 19 SEPT: Jabatan Imigresen (JIM) meneliti dan akan melaksanakan reformasi proses kerja serta penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dengan mengambil kira teguran yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.